Tuesday, June 2, 2009
Thursday, May 28, 2009
PROJEK MINGGU INI
Minggu ini, perjalanan amat jauh, saya dan isteri telah mendapat tugasan di Raub dan Muadzam Pahang. Dua majlis perkahwinan yang berlangsung di dua tempat berbeza. Saya akan ke Raub dan Isteri akan ke Muadzam. Saya mengambil Raub kerana perjalanan agak jauh dari K.Pilah dah tu sorang pulak.. nak wek camno tak do org nak tomankan haa..Isteri pula ke Muadzam memandangkan dari Kuala Pilah ke Muadzam lobih kurang 1Jam 45 Minit perjalanan tu pasal saya beri tugasan ni pado Isteri...ermmm ini kali ke 3 kami amik tugasan yang jauh dari K.Pilah.Alhamdulillah ado jugak yang nak ambil BISOBONA FOTO jadi fotografer pilihan di hari bahagio die org...ermm.mudah-mudahan perjalanan kami selamat sampai di tempat yang di tuju dan tugasan kami berjalan lancar.
Monday, May 25, 2009
N.SEMBILAN TEAM
Sabtu lopeh...23 Mei 2009. Pengalaman baru yang di timbo. Timo kasih pado snomed & hobenladen ahli kelab N9futbol sobab telah bagi peluang shoot gambar kek Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi. N9 VS P.PINANG N9 monang mlm tu 5-1, memang best tapi yang tak best...uhuhuhuh gambar tak cantik sgt laa, al maklumla starter kit..tapi takpo snomed dah racun musti boli lens tele baru punya. so mate snomed next match kasi gegarrrr...jgn lupo tel2 yo. gambar-gambar pilih laa mano yg tarrrrrbaik...jumpo laieee...HOBIN JANG HOBIN....
Friday, May 22, 2009
Wednesday, May 20, 2009
Keretaku Dibasahi Buih
WAHAI ORANG KAMPUNG DAN ORANG BUKAN KAMPUNG KU SEKALIAN
PROMOSI KIAN GIAT BERSAMA BISOBONA PHOTORGAPHER
sila layari http://bisobonafoto.fotopages.com
setiap tempahan RM 1,000 keatas percuma 1 DVD lengkap Pic Motion yang tarrrrrrrbaik untuk kenangan anda.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini banyak keistimewaannya.
sila layari http://bisobonafoto.fotopages.com
setiap tempahan RM 1,000 keatas percuma 1 DVD lengkap Pic Motion yang tarrrrrrrbaik untuk kenangan anda.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini banyak keistimewaannya.
Monday, May 18, 2009
KENAPA ANDA PERLU BAYAR UNTUK JURUFOTO ANDA
-Seperti yang tersiar di dalam majalah Pesona Pengantin
-Oleh: Hasnuddin Abu Samah, Pengarah Urusan, Adan Impresif.
Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal. Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan:
1) Kos Peralatan Kamera Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM 10,000. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ‘sewa’ peralatan mereka.
2) Kemahiran Jurugambar Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya.
3) Masa Perkhidmatan Jurugambar adalah seorang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan.
4) Perkhidmatan Selepas Rakaman Setelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan.
5) Kos material Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan.
Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda.
Tuesday, May 5, 2009
HARI YANG BOSAN
Hari ni hari Selasa..napo hari ni boring, mungkin sobab tak banyak kojo. Design kad kawin semua dah siap tinggal nak print ofset je..tapi maleh nak pergi petang-petang yang paneh macam ni.esok je laa pegi. Design editing gambar kawin emmm tak do mood nak wat..jadi petang ni kene laa cari mood..so sambung laah lain kali, ni pun tak de mood nak taip. byee
Saturday, May 2, 2009
SONJO DI PALONG
Thursday, April 30, 2009
TUGASAN PERTAMA BULAN 5
MAJLIS PERKAHWINAN MILA & FAIRUZ
Hari ni 1 Mei 2009, tugasan pertama kami di Palong 4. Kuala Pilah. Semuga semua berjalan lancar. Amin
Hari ni 1 Mei 2009, tugasan pertama kami di Palong 4. Kuala Pilah. Semuga semua berjalan lancar. Amin
SALAM PERKENALAN
Assalaaaaaaaaaaamualaikum w.b.t
Salam perkenalan kepada semua yang melawati blog kami..semoga dengan perkanalan ini dapat memberi impak yang mendalam buat semua. BiSObona foto, satu nama di bawah syarikat IRTIZAQ Enterprise di Kuala Pilah N.Sembilan, menawarkan perkhidmatan Jurufoto untuk majlis Perkahwinan, Pertunangan dan semua majlis formal atau tidak formal sama ada di dalam Negeri Sembilan atau di luar n.sembilan..jadi selamat melayari blog kami, ceria-ceria selalu.
Salam perkenalan kepada semua yang melawati blog kami..semoga dengan perkanalan ini dapat memberi impak yang mendalam buat semua. BiSObona foto, satu nama di bawah syarikat IRTIZAQ Enterprise di Kuala Pilah N.Sembilan, menawarkan perkhidmatan Jurufoto untuk majlis Perkahwinan, Pertunangan dan semua majlis formal atau tidak formal sama ada di dalam Negeri Sembilan atau di luar n.sembilan..jadi selamat melayari blog kami, ceria-ceria selalu.
Subscribe to:
Comments (Atom)





